fbpx
Enam anak Rubiah menyambut raya bersama nenek mereka selepas kematian ibu pada bulan lalu.

Anak mangsa bunuh terkenang ibu siapkan baju raya sedondon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Berpakaian sedondon pada 1 Syawal kini hanya tinggal kenangan buat tujuh beradik selepas ibu mereka, Rubiah Sabtu maut dalam kejadian bunuh di Kampung Besol, Bukit Besi di sini bulan lalu.

Muhammad Danish Hakim Mohd. Radzi, 15, berkata, arwah ibunya tidak pernah lupa me­nyiapkan pakaian raya untuk mereka enam beradik setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri.

“Kami yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang perem­puan biasanya akan memakai sedondon pada pagi raya.

“Ibu pernah beritahu tema pakaian raya kami pada tahun ini ialah biru, namun sayangnya arwah pergi dahulu tanpa sempat membelinya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Besol baru-baru ini.

Kosmo! pada 6 April lalu me­laporkan Rubiah, 41, yang merupakan ibu tujuh anak termasuk perkahwinan terbaharu ditemui mati di rumahnya dipercayai dibunuh suaminya yang berusia 32 tahun selepas mereka berselisih faham kerana masalah wang.

Rubiah yang merupakan peniaga kedai runcit ditemui dengan enam kesan hentakan disyaki menggunakan penukul besi pada bahagian muka.

Muhammad Danish Hakim (tengah) beraya bersama neneknya, Wan Zailan.

Mohd. Amir kemudian didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 12 April lalu.

Bercerita lanjut, Muhammad Danish Hakim berkata, dia dan lima adik-beradiknya beraya bersama nenek, Wan Zailan Wan Abdullah, 60, di Tangga Batu, Melaka. Adik bongsunya, Nur Kaira Damia, tiga bulan berada dengan keluarga bapa tiri.

“Suasana raya pada tahun ini pasti tidak sama kerana kami masih terkejut dengan kematian ibu. Berat untuk menerima takdir ini apatah lagi ia dilakukan ayah (bapa tiri) pada bulan Ramadan,” katanya.

Muhammad Danish Hakim berkata, dia dan abang sulung­nya, Muhammad Daniel, 18, akan tinggal bersama bapa kandung mereka di Bukit Besi selepas Hari Raya Aidilfitri. Empat lagi adiknya pula menetap di Tangga Batu bersama nenek mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN