fbpx

Aespa ke Jepun tanpa Winter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WINTER

KONSERT Jelajah 2023 Aespa berjudul Synk: Hyper Line di Jepun sebenarnya tidak lengkap tanpa penglibatan seorang ahlinya, Winter.

Winter tidak dapat mengikuti konsert jelajah yang berlangsung pada 29 hingga 30 April di Dewan Nippon Gaishi, Nagoya, Jepun atas sebab kesihatan tidak mengizinkan.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan pihak pengurus kumpula Aespa mengenai keadaan terkini Winter atau nama lengkapnya, Kim Min-jeong.

“Winter mengalami kesihatan yang teruk dan kami bersetuju bahawa dia tidak akan membuat persembahan di atas pentas dalam masa dua hari.

“Sebaliknya, rancangan diteruskan dengan penglibatan Karina, Giselle dan Ningning.

“Peminat yang mahu bayaran tiketnya dikembalikan boleh berbuat demikian melalui laman web rasmi konsert tersebut,” kata pihak pengurus sebelum konsert dimulakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI