fbpx

Scarlett Johansson pencen jadi Black Widow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCARLETT JOHANSSON

KHABAR mengejutkan hadir dari industri seni hiburan Hollywood selepas pelakon terkenal Scarlett Johansson mengumumkan keputusan untuk mengundurkan diri daripada Marvel Cinematic Universe.

Memetik laporan Gamespot, Johansson yang memegang watak sebagai Black Widow membuat keputusan tersebut selepas berbincang rakan pelakon yang turut membintangi siri Marvel, Gwyneth Paltrow sebelum memutuskan untuk ‘pencen’ daripada memegang watak Black Widow.

“Saya sudah selesai membawakan peranan Black Widow dan mengumumkan mahu mengundurkan diri,” katanya.

Ujar pelakon berusia 36 tahun itu lagi, dia sudah berasa puas selepas memegang watak sebagai Black Widow selama 10 tahun sepanjang membintangi beberapa siri filem Marvel.

Johansson berharap keputusannya itu dapat diterima peminat seperti yang dilakukan oleh pelakon Chris Evans apabila turut mengambil keputusan serupa apabila mengundurkan diri daripada Marvel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI