fbpx

Premis seleweng 135,760 liter diesel diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam diserbu kerana disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan diesel.

BUKIT KAYU HITAM – Seramai sembilan individu termasuk enam warga Thailand diberkas ketika leka mengisi diesel untuk diselewengkan dalam serbuan Ops Tiris di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini semalam.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd. Yusof, serbuan di sebuah premis pemborong diesel di kawasan berkenaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut menyita kira-kira 135,760 liter diesel bernilai RM291,884.

“Kita turut menyita tujuh lori dengan enam daripadanya bernombor pendaftaran Thailand.

“Antara barang lain disita ialah 10 unit skid tank, tiga unit mesin pam minyak, lapan unit nozel pam, dua unit tangki silinder, wang tunai dalam mata wang Bath sebanyak THB192,902 (RM23,329) dan dua unit alat kawalan jauh pintu pagar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM1,057,000.

“Kesemua suspek ditahan bagi mendapatkan perintah reman dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 bersama Peraturan 9 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI