fbpx

PM arah pemasangan ‘billboard’ Malaysia Madani baharu dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyantuni rakyat Kedah yang hadir pada Rumah Terbuka Malaysia Madani di Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya tiada lagi pemasangan papan iklan Malaysia Madani yang baharu selepas ini kerana ia tidak menunjukkan pendirian sebagai sebuah Kerajaan Madani.

Katanya, beliau tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk membuat papan iklan yang besar seperti itu.

“Dalam perjalanan ke Alor Setar, semalam saya diberitahu tentang ‘billboard’ Anwar dan Madani itu di seluruh negara. Ia tidak dapat persetujuan atau kelulusan daripada saya yang mana saya dah beritahu tak perlu kita belanja untuk (perkara seperti) ini.

“Ia dijawab jabatan berkenaan bahawa peruntukan digunakan adalah peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan ia (peruntukan) akan dipindahkan. Saya faham tetapi saya fikir peruntukan itu boleh digunakan untuk yang lain,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Malaysia Madani di sebuah hotel, di sini hari ini.

Menurut Anwar, semua papan iklan Malaysia Madani yang sedia ada bagaimanapun boleh dikekalkan.

“Saya tak mahu ia (papan iklan baharu) diteruskan kerana ini tak menunjukkan pendirian Kerajaan Madani. Pegawai-pegawai terlibat itu saya rasakan mereka hanya meneruskan dasar sedia ada, jadi saya tak salahkan.

“Kebetulan kerana saya tak dimaklumkan, jadi saya tak boleh beri keputusan. Sekarang bila sudah dimaklumkan, keputusan saya tak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat billboard besar-besar, cukuplah yang ada,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI