fbpx

[VIDEO] Toretto tebar roti canai pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki mirip Vin Diesel sedang sibuk menebar roti canai.

PETALING JAYA – Seorang penebar roti canai memiliki wajah seakan Dominic Toretto atau Vin Diesel dalam filem Fast and Furious menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, memaparkan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah restoran.

Lebih menarik, wajah lelaki tersebut dikatakan seiras seperti bintang filem, Vin Diesel, menyebabkan ramai yang terhibur.

“Ramai keluarga dia (Dominic) ‘stay’ (duduk) di Malaysia sekarang,” seloroh pengguna Twitter itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dan terhibur dengan pendapat lelaki berkenaan.

“Serba boleh dia ini. Meniaga kunafa pun dia, tebar roti canai pun dia,” kata Ummie.

“Dah bersara daripada berlumba lah tu,” ujar Amsyaf.

Sebelum ini, tular seorang lelaki penjual kunafa mirip pelakon Dominic Toretto di media sosial.

Video tersebut menjadi tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 128,000, 1,810 tanda suka dan 880 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI