fbpx

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol, seks luar tabii anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini hari ini.

IPOH – Seorang pekerja kedai cuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas anak tirinya, Februari lalu.

Tertuduh berusia 26 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah rumah tidak bernombor dalam daerah Manjung pada Februari 2023. Lelaki itu turut didakwa bagi pertuduhan kedua iaitu melakukan seks luar tabii.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Pada prosiding di mahkamah sama, lelaki terbabit dan ibu kandung mangsa yang sedang hamil 10 minggu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan mangsa.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, pasangan suami isteri berkenaan didakwa telah mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian badan pada Januari 2023 di lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan laporan perubatan penuh mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI