fbpx

Innov8tif Holdings kini kuasai pasaran sehingga 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Innov8tif Holdings telah mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian jaminan ID digital terbesar di negara ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Innov8tif Holdings Sdn. Bhd.  (Innov8tif Holdings) telah mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian jaminan ID digital terbesar di negara ini dengan penguasaan pasaran sehingga 70 peratus.

Ini dilaksanakan melalui inisiatif anak syarikatnya,  Innov8tif Solutions Sdn. Bhd.  (Innov8tif Solutions) dan juga pemilikan terbaharu yang dilaksanakan untuk mengukuhkan pasaran Innov8tif Group, mengembangkan asas pelanggan dan juga meluaskan tawaran penyelesaian digital ID.

 Selain itu, Innov8tif Solutions telah bekerjasama dengan rakan teknologinya, Skyelimit Sdn. Bhd. (Skyelimit) untuk menyediakan perkhidmatan elektronik kenal perniagaan anda (e-KYB) yang mana ia berpotensi untuk menjadi penyedia perkhidmatan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Innov8tif Holdings, George Lee berkata, permintaan terhadap penyelesaian digital ID di negara terus berkembang dan Kumpulan adalah yang terbesar menyediakan penyelesaian dalam bidang tersebut kini berada dalam kedudukan yang baik untuk menguasai peluang dalam pasaran ini.

“Pemilikan Xendity dan kerjasama kami dengan Skyelimit menunjukkan komitmen kami menyediakan penyelesaian ID digital yang dapat memenuhi keperluan pelanggan dan menyokong negara ke arah digitalisasi pada masa depan.

“Misi kami adalah untuk menyediakan penyelesaian digital kelas terbaik kepada pelanggan dan melalui kerjasama ini serta sokongan daripada rakan strategik kami, Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) yang memiliki 51 peratus dalamInnov8tif Holdings, maka faktor tersebut akan merealisasikan misi tersebut.

“Melalui sokongan kewangan daripada Hong Seng dan keupayaan untuk menguasai pasaran modal, ia akan membantu mempercepatkan lagi misi Kumpulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI