fbpx

Dr. Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhammad Radzi

PUTRAJAYA- Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan baharu berkuat kuasa 21 April 2023 bagi menggantikan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dr. Muhammad Radzi sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) di Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelantikan Dr. Muhammad Radzi dibuat berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Muhammad Radzi di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan berkuat kuasa 21 April 2023.

“Saya yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti Dr. Radzi mampu memberikan yang terbaik.

“Beliau juga mampu menjadi rakan pasukan bersama saya dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh selaras Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia Madani terus menikmati perkhidmatan kesihatan komprehensif, berkualiti serta mapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Sebelum ini, Dr. Muhammad Radzi juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Beliu juga pernah menjawat jawatan Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.

Pada masa sama, Dr. Muhammad Radzi pernah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi selain menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran kesihtaan dari tahun 2013 sehingga 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI