fbpx

MPV tersekat palang tol kerana bawa muatan lebih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta MPV itu berhenti dan mengundur kerana gagal lepasi penghadang. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi sebuah kereta gagal melepasi palang tol semasa Hari Raya Aidilfitri kerana barangan yang diletakkan di atas bumbung terlalu tinggi, lapor portal berita Liputan 6.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @firtianurhidayah.

Kereta yang cuba melalui tol itu terpaksa dihentikan selepas barangan yang diletakkan di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) itu mencecah had maksimum 2.1 meter. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Dapat pahala kerana buat pemandu kereta belakang ketawa ketika mengantuk,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN