fbpx

[VIDEO] Lelaki mengamuk lemang tak masak dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki mengamuk di sebuah kedai menjual lemang gara-gara lemang yang dibelinya masih mentah menerima kecaman orang ramai.

Rakaman berdurasi 28 saat memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, perakam video tersebut tidak berpuas hati apabila lemang yang dibeli masih mentah.

Keadaan menjadi tegang apabila perakam yang dipercayai pelanggan kedai tersebut melemparkan lemang mentah itu di atas meja peniaga tersebut.

Peniaga itu kemudian dilihat cuba memukul perakam menggunakan buluh lemang sebelum ditenangkan oleh individu lain.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan perakam tersebut yang mencampak makanan sekali gus mencetuskan kemarahan peniaga berkenaan.

“Benda boleh bincang kau pergi campak lemang tu. Bagi elok-elok lemang tak masak, mesti dapat tukar sebenarnya,” kata Ngatish.

“Dulu aku pernah beli lemang mentah, jadi datang balik gerai bagitahu elok-elok pada penjual. Dia minta maaf, siap tukarkan yang baharu dan bagi percuma lagi sebatang. Penjual lemang bukan sengaja. Mereka tak kaya pun kalau menipu. Kita datang berbahasa, berbahasalah orang layan kita,” kongsi Indera.

“Zaman sekarang ramai yang terlalu cepat nak rakam dan ‘viralkan’,” kata Wan.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 90,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI