fbpx

Suami mati dibelasah isteri menggunakan mop lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita memukul suaminya dengan mop sebelum lelaki itu meninggal dunia di Noda, Jepun baru-baru ini. - Foto Bob Vila

CHIBA – Seorang wanita di timur Jepun ditahan selepas membelasah suaminya yang berusia 84 tahun menggunakan mop lantai sehingga mangsa meninggal dunia, lapor laman berita The Mainichi semalam.

Balai Polis Noda di wilayah Chiba menahan Yoko Taguchi, 78, kerana disyaki memukul dan mencederakan suaminya pada 11 April lalu di rumah mereka di bandar Noda.

Dia dilaporkan mengaku melakukan perbuatan itu.

Polis secara khusus menuduh Taguchi memukul suaminya, Torakatsu pada bahagian kepala dan bahagian lain badannya dengan menggunakan mop tangan pendek selama kira-kira 10 minit dari sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) pada 11 April lalu.

Pukulan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius yang dijangka mengambil masa sebulan untuk sembuh. 

Namun, Torakatsu meninggal dunia di hospital tujuh hari kemudian.

Polis kini sedang menyiasat kaitan antara pukulan itu dengan kematiannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI