fbpx

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama, pintu masuk negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama serta pintu masuk negeri.

PETALING JAYA – Peningkatan kenderaan di lebuh raya utama seluruh negara terus direkodkan berikutan orang ramai merebut peluang pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berdasarkan pemerhatian Kosmo! pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat ini, menyaksikan kesesakan itu berlaku di pintu keluar ibu kota serta kebanyakan pintu masuk lebuh raya di beberapa negeri.

“Trafik perlahan dari pertengahan Tambak Johor ke CIQ Woodlands Singapura.

“Trafik perlahan dari, Puchong Utama ke Puchong Intan.

“Trafik perlahan turut berlaku dari keluar ke Plaza Tol Kuala Terengganu,” kata laporan LLM di laman Faceboknya di sini hari ini.

Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Lentang terus ke Plaza Tol Bentong dan Karak ke Plaza Tol Karak.

“Trafik perlahan turut melibatkan Lebuh raya Utara-Selatan arah Utara iaitu di Slim River ke Trolak, Sungkai ke Tapah, Tapah ke Gopeng, Ipoh Utara ke Sungai Perak, Bukit Merah ke Lay Bye Alor Pongsu, Bandar Baru ke Sungai Bakap, Bandar Cassia ke Plaza Tol Juru, Juru Auto City ke Perusahaan Perai dan Perai ke Plaza Tol Sungai Dua,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Kerajaan Madani mengumumkan pemberian tol percuma bermula esok sehingga Jumaat dan Isnin depan kepada pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan Tol Rahmah percuma tersebut akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI