fbpx

Pagar White House dipecah masuk ‘penceroboh’ cilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai USSS UD mendukung kanak-kanak tersebut di hadapan pagar White House. - EPA

WASHINGTON – Seorang kanak-kanak kecil mencetuskan kekecohan selepas dia menyusup masuk melalui gerigi pagar ke pekarangan White House yang mengakibatkan ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) dikerah ke lokasi kejadian, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Pegawai Bahagian Beruniform Perkhidmatan Rahsia AS (USSS UD) yang diamanahkan menjaga keselamatan White House melintasi Halaman Utara untuk mendapatkan kanak-kanak itu dan mempertemukan dia semula dengan ibu bapanya di Pennsylvania Avenue.

Akses ke kompleks itu turut dihadkan seketika ketika pegawai membawa budak yang hilang itu kepada penjaganya.

Pegawai kemudian menyoal siasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

Jurucakap USSS UD, Anthony Guglielmi berkata, pegawainya bertemu dengan kanak-kanak lelaki itu di pagar utara White House.

“Sistem keselamatan White House serta-merta mencetuskan tindakan USSS UD dan kanak-kanak itu segera disatukan semula dengan ibu bapanya,” katanya dalam satu kenyataan.

‘Pencerobohan’ itu berkemungkinan adalah kali pertama berjaya dilakukan sejak pagar White House dinaikkan dua kali ganda ketinggiannya kepada kira-kira 4 meter selepas beberapa siri pelanggaran keselamatan sejak kebelakangan ini.

Menurut Perkhidmatan Taman Negara, pagar baharu itu menggabungkan teknologi pengesanan antipanjat dan pencerobohan yang direka untuk mengurangkan ancaman keselamatan semasa dan masa depan.

Beberapa mata logam tajam ‘antipanjat’ diletakkan di atas pagar pada Julai 2015 dalam usaha untuk menyukarkan penceroboh memanjat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI