fbpx

Cantiknya kucing, warna-warni bulu macam aiskrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seekor kucing yang bulunya bewarna-warni.

PETALING JAYA – Seekor kucing dengan bulu berwarna-warni seperti aiskrim Neopolitan yang berkeliaran di hadapan sebuah kedai makan, menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aznan Rosmadi di TikTok miliknya, dia didatangi seekor kucing yang bulunya mempunyai pelbagai warna seperti merah jambu dan hijau.

Dia yang terkejut dengan warna bulu kucing berkenaan bertindak merakam dan menyiarkannya di TikTok.

Tambahnya, dia berasa kasihan dengan nasib kucing tersebut dan mempersoalkan siapakah pelaku disebalik kejadian terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap kucing berkenaan.

“Lah, kesiannya. Kenapa lah buat dia (kucing) macam tu,” komen Myra Adenan.

“Perisa pandan, strawberi dengan karamel. Memang sedap dan terbaik,” komen seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aleeya.

Video terbabit menjadi tular di aplikasi TikTok dengan perkongsian mencecah 2,661, tanda suka sebanyak 9,819 dan 420 komen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI