fbpx

Agong, Raja Permaisuri berkenan lihat gerhana matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah pada sesi pencerapan gerhana matahari separa di pekarangan Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA –  Yang di-Pertuan Agong., Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke sesi pencerapan gerhana matahari separa di pekarangan Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara memaklumkan, turut hadir bagi melihat gerhana berkenaan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim serta barisan pengurusan tertinggi Istana Negara.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan berangkat menunaikan solat sunat gerhana secara berjemaah di Surau Utama Istana Negara yang diimamkan oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim manakala bacaan khutbah oleh Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Fenomena Gerhana Matahari Separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI