fbpx

85 maut berebut wang sumbangan RM89 di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOROTAN video hari ini menunjukkan orang ramai berasak-asak untuk mendapatkan pemberian wang dalam satu acara di Sanaa Yemen. -- AFP

SANAA, Yemen – Lebih 80 orang terbunuh dan beratus-ratus  yang lain cedera dalam insiden rempuhan semasa satu acara amal di negara bergolak Yemen semalam, kata beberapa pegawai puak Houthi.

Insiden  semalam merupakan rempuhan paling buruk dalam tempoh satu dekad di Yemen.

Tragedi terbaharu di negara Semenanjung Arab paling miskin itu berlaku beberapa hari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beratus-ratus orang di negara miskin itu berkumpul di sebuah sekolah di ibu kota Yemen, Sanaa untuk menerima pemberian wang tunai berjumlah 5,000 riyal Yemen (RM89).

Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh, manakala 322 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di daerah Bab al-Yemen di Sanaa, kata seorang pegawai keselamatan militia Houthi.

“Wanita dan kana-kanak merupakan antara yang terbunuh,” katanya kepada agensi berita AFP.

Seorang pegawai kesihatan Yemen kemudian mengesahkan angka tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Yemen menyatakan bahawa mereka yang terkorban dan cedera telah dibawa ke hospital, manakal mereka yang bertanggungjawab menganjurkan acara itu telah ditangkap.

Menurut ketua Jawatankuasa Revolusi Agung Houthi, Mohamed Ali al-Huthi,  rempuhan itu disebabkan bilangan orang hadir yang  ‘terlalu ramai’.

“Orang ramai bersesak di sebatang jalan sempit menghala ke pintu masuk di belakang sekolah tersebut,” katanya.

Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, orang ramai menyerbu laluan tangga menghala ke halaman di mana agihan wang itu diadakan.

Beberapa saksi bagaimanapun berkata, tembakan senjata api menyebabkan orang ramai panik dan membawa kepada tragedi itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI