fbpx

Wanita Russia berbogel di pokok diusir keluar dari Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan warga Russia, Luiza Kosykh (kiri) di sebuah pejabat Imigresen Denpasar, Bali pada 13 April lalu. - Foto AFP

JAKARTA – Seorang pelancong Russia yang merakam gambar bogel dirinya di sisi sebatang pokok berusia 700 tahun di Pulau Bali telah diusir keluar dari Indonesia, kata seorang pegawai kelmarin.

Wanita berusia 40 tahun dikenali sebagai Luiza Kosykh itu meninggalkan Pulau Bali dalam penerbangan lewat Ahad lalu ke Moscow, kata pegawai agensi undang-undang dan hak asasi manusia Bali, I Nengah Sukadana kepada AFP. Ia hanya beberapa hari selepas dia ditahan oleh pegawai imigresen.

Kosykh ditahan pada 12 April lalu selepas gambar bogelnya di sisi pokok berusia 700 tahun itu tersebar sekali gus menimbulkan kemarahan penganut Hindu tempatan yang menganggap pokok tersebut sebagai tempat suci.

Dia mendakwa gambar bogel itu dirakam beberapa tahun lalu dan dia tidak tahu pokok itu dianggap suci.

Warga Russia itu yang mendakwa sebagai pelabur hartanah memasuki Pulau Bali pada Januari lalu dengan menggunakan visa tinggal sementara yang sah sehingga Disember tahun depan.

Pengusirannya dilakukan kurang daripada dua minggu selepas seorang lelaki Russia diusir keluar dari pulau itu kerana menyiarkan gambar dirinya yang berada dalam keadaan separuh bogel di atas sebuah gunung suci. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI