fbpx

Tol Rahmah Percuma: Kerajaan tanggung RM93 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan LHDN di Akademi Percukaian Malaysia di Kuching, Sarawak hari ini.

KUCHING – Kerajaan menanggung kira-kira RM93 juta untuk melaksanakan Tol Rahmah Percuma, yang bermula hari ini sehingga 21 April.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jumlah itu adalah anggaran awal yang diperolehi daripada Pejabat Belanjawan Negara, yang diberikan oleh Kementerian Kerja Raya.

“Kerajaan akan membayar kepada semua pemilik konsesi lebuh raya yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Akademi Percukaian Malaysia, di sini hari ini selepas menyempurnakan Penyerahan Sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada seramai 30 orang asnaf dari kawasan Petra Jaya.

Ahmad berkata meskipun kos itu memberi kesan kepada kewangan negara, namun ia dianggap sebagai sumbangan raya kepada rakyat.

“Ini sebagai wang raya kepada rakyat, bantuan kepada rakyat sebab pada Hari Raya Aidilfitri, ramai yang pergi ke sana sini untuk bertemu sahabat dan sanak saudara.

“Masa itu adalah bagi mengukuhkan hubungan antara kaum dengan ziarah menziarah, dan saya kira kos itu berpadanan dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini bermula dari 19 April hingga 21 April 2023 dan juga pada 24 April depan.

Pelaksanaan Tol Rahmah Percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI