fbpx

TBS perkenal konsep tiket tanpa kertas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (kiri) dan Wan Azizah menyantuni penumpang bas yang mahu pulang ke kampung di TBS. - Foto oleh FAIZ ALIF/KOSMO!

PETALING JAYA – Pihak pengendali Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memperkenalkan konsep tanpa kertas dengan menggunakan Kod QR bagi pembelian atas talian sebagai langkah-langkah persediaan untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi bermula 18 April sehingga 22 April ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan di kaunter dan pintu masuk utama Balai Pelepasan terminal tersebut.

“Sehingga 17 April 2023, beberapa Penyedia Sistem Tiket Online (OTA) utama iaitu GoHub, BusOnlineTicket dan RedBus telah berjaya melaksanakan integrasi sistem dengan TBS secara berperingkat.

“Bagi penumpang yang telah membeli tiket daripada OTA tersebut akan menerima notifikasi kod QR yang disertakan dengan logo GoPass dan boleh boleh terus ke Balai Pelepasan terminal untuk menaiki bas,” katanya ketika sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, bagi penumpang yang membuat pembelian melalui tiga penyedia OTA sebelum tarikh pelaksanaan integrasi, pihak penyedia OTA akan menghantar notifikasi kod QR melalui emel yang didaftarkan penumpang ketika membuat pembelian tiket.

“Penumpang boleh terus ke Balai Pelepasan terminal untuk menaiki bas.

“Saya turut menyarankan agar dua penyedia OTA yang lain iaitu EasyBook.com dan Etransact untuk turut serta membuat integrasi sistem dengan kadar segera sejajar dengan aspirasi Kementerian ke arah perkhidmatan secara digital,” tambahnya.

Selain itu katanya, bagi melancarkan operasi di terminal tersebut semasa perayaan, TBS juga telah melaksanakan beberapa langkah sebagai persediaan.

“TBS mengambil langkah untuk menambah kakitangan pada tempoh tersebut selain menambah kaunter Tiket dan Kaunter Pertukaran Tiket.

“Pihak TBS jugak akan membuat kawalan keselamatan 24 jam oleh Unit Polis Bantuan dipertingkatkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk pemantauan keselamatan berterusan melalui 623 buah televisyen litar tertutup (CCTV),” ujarnya.

Selain itu katanya, untuk keselamatan orang awam dan pihak TBS juga telah menambahkan kakitangan terminal bagi mengawal pengurusan trafik untuk mengawal selia laluan di sekitar terminal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI