fbpx

14 penyokong TFC, Melaka merokok dalam stadium dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang penyokong yang dikompaun atas kesalahan menghisap rokok di stadium.

KUALA NERUS – Gara-gara menghisap rokok di dalam stadium, seramai 14 penyokong Terengganu FC (TFC) dan Melaka FC dikompaun Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) baru-baru ini.

Mereka dikompaun sewaktu menyaksikan perlawanan pusingan kedua Piala FA di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini pada Jumaat lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sebanyak 14 notis kompaun bernilai keseluruhan RM2,500 telah dikeluarkan dalam Ops Gomo Asap Khas berkenaan.

Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya menerima banyak aduan tentang sikap segelintir penonton yang gemar merokok ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

“Stadium merupakan salah satu kawasan larangan merokok. Kita juga bimbang asap rokok tersebut boleh menjejaskan kesihatan penonton lain khususnya wanita, kanak-kanak dan warg emas.

“Sehubungan itu, operasi penguatkuasaan tersebut juga bertujuan meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Operasi mengikut Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 tersebut disertai 58 anggota penguatkuasa kesihatan.

Kasemani berkata, pembayaran kompaun atas kesalahan merokok berkenaan boleh dilakukan di pejabat kesihatan berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI