fbpx

Lesen PSV kini boleh diperoleh dalam masa seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loke menyerahkan lesen PSV kepada pemandu e-hailing selepas Majlis Penyerahan Lesen PSV E-Hailing JPJ/APAD di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Urusan bagi mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi pemandu e-hailing kini lebih cepat dan boleh diperoleh hanya dalam masa seminggu sahaja.

Itu jaminan diberikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada bakal pemandu e-hailing susulan pemansuhan ujian teori bagi PSV yang mula berkuat kuasa sejak minggu lalu.

Loke berkata, sebelum ini, setiap pemandu perlu menunggu antara dua hingga tiga bulan bagi mendapatkan lesen PSV.

“Sebelum ini, syarikat pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) memaklumkan lebih 2,000 permohonan bagi mendapatkan lesen PSV tertangguh terutama di Lembah Klang.

“Kerjasama dengan EHO sekali gus berjaya menyelesaikan lebih 2,000 permohonan lesen PSV yang tertunggak sejak tiga bulan lalu.

“Sebelum ini, kapasiti untuk meluluskan lesen PSV amat terhad iaitu sekitar 200 ke 300 pemandu seminggu disebabkan pelaksanaan ujian teori berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lesen PSV kepada seramai 300 orang calon pemandu e-Hailing Grab, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya menjangkakan isu permohonan tertunggak juga akan dapat diselesaikan selepas Aidilfitri ini.

Pada majlis sama, Loke turut menyampaikan lesen PSV kepada pemandu e-hailing orang kelainan upaya (OKU) pekak.

Menurutnya, secara amnya, seramai 210 daripada 2,295 orang keseluruhan calon pemandu e-hailing Grab adalah pemandu OKU. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI