fbpx

Kerajaan beri hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap pada sidang akhbar khas di Perdana Putra di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Jumaat, maka Kerajaan menetapkan Isnin iaitu 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat iaitu 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri boleh mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya pada sidang akhbar khas di Perdana Putra di sini tadi.

Katanya, Kerajaan Perpaduan terus komited memastikan kebajikan rakyat di bawah Malaysia Madani sentiasa terbela dalam segenap aspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI