fbpx

Gunakan laluan alternatif, elak Terowong Menora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Pengguna jalan raya yang menghala ke Utara disarankan menggunakan laluan alternatif selain melalui Terowong Menora untuk mengelakkan kesesakan terutama pada musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi pengguna dari Gopeng ke Kuala Kangsar digalakkan menggunakan laluan alternatif iaitu jalan lama melalui Sungai Siput.

“Dari Gopeng Kuala Kangsar, tiada pilihan lain kecuali Lebuh Raya Utara-Selatan ataupun gunakan jalan lama melalui Sungai Siput.

“Minta gunakan kawasan-kawasan yang ada laluan alternatif, gunakan laluan alternatif. Elakkan Lebuh Raya Utara-Selatan, elakkan terowong di Menora.” katanya kepada pemberita pada perasmian kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri di Mydin Meru Mall di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, bagi mengelakkan kesesakan dari Kuala Lumpur ke Gopeng, pengguna dinasihatkan menggunakan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Katanya, pengguna dari kawasan Selangor terutamanya Kuala Selangor, Banting, dan Bernam disarankan menggunakan lebuhraya tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, lebih 3 juta kenderaan akan memasuki negeri ini pada musim kemuncak iaitu 21 sehingga 23 April.

“Kalau daripada Lebih Raya Utara-Selatan, lebih dua juta kenderaan setiap hari di jalan raya. Kalau daripada JPJ Perak, jumlah kenderaan akan melebihi tiga juta di seluruh negeri semasa musim kemuncak iaitu 21,22 dan 23 April ini,” katanya.

Menurutnya, seramai 159 penguat kuasa JPJ akan bekerja menjelang Hari Raya Aidilfitri di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI