fbpx

Hotel kucing mula sibuk menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAMIMAH Jefri dan suaminya, Mohd. Khairi menjalankan perkhidmatan hotel kucing menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri ketika ditemui di Taman Warisan Puteri, Seremban, hari ini.-foto - ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/KOSMO!

SEREMBAN – Menjelang beberapa hari tibanya Aidilfitri tidak lama lagi, pengusaha tempat penjagaan kucing ataupun ‘hotel kucing’ kini sibuk menerima kehadiran haiwan comel tersebut selepas pemiliknya akan pulang beraya kampung halaman masing-masing bermula pertengahan minggu ini.

Pengusaha hotel kucing KH Pets & Aquarium di sini, Norhamimah Jefri, 27, berkata, pihaknya telah mula menerima tempahan daripada pemilik-pemilik kucing tersebut sejak awal Ramadan.

“Sehingga kini, terdapat 36 ekor kucing yang bakal mendaftar masuk pada 18 April ini untuk dijaga oleh pihak kami. Sehingga kini masih ada lagi slot tempahan yang masih dibuka.

“Caj yang dikenakan untuk tempahan adalah pada harga RM10 sehari termasuk perkhidmatan sangkar dan pasir. Pemilik hanya perlu menghantar kucing dan menyediakan makanan kucing mereka sahaja,” katanya ketika ditemui di Taman Warisan Puteri di sini semalam.

Norhamimah yang menjalankan perniagaan itu bersama suaminya, Mohd. Khairi Raduan, 37, itu menjelaskan, kebanyakan pelanggannya dari sekitar negeri ini malah ada juga dari Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun pada tahun ini, saya dapati tempahan yang kami terima agak kurang berbanding tahun sebelumnya. Ini kerana saya lihat sudah ramai yang turut menjalankan perniagaan yang sama selain dan perkhidmatan pet sitter atau penjagaan kucing ke rumah-rumah,” katanya.

Sementara itu, dia memaklumkan, selain waktu musim perayaan, perkhidmatan hotel kucing yang dijalankan itu mendapat lebih tempahan pada musim cuti persekolahan.

“Ada pemilik yang menghantar kucing mereka dalam tempoh yang lama untuk menunaikan umrah, bercuti atau pulang ke kampung halaman masing-masing,” jelasnya yang turut memaklumkan mahu mengembangkan lagi perniagaan hotel kucing dan penjagaan ikan yang dijalankannya itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI