fbpx

Pemuda cedera dipukul kerana tegur adik maki ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipukul dengan getah paip, pisau dan sebatang besi selepas menegur kelakuan biadab adiknya bertengkar dengan ibu mereka kerana isu lambat keluar daripada tandas,

Perbuatan adiknya di sebuah rumah di Jalan 1/112A Taman Bukit Angkasa di sini tersebut mengundang padah apabila adiknya itu ditahan polis pada hari yang sama di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada seorang lelaki berusia 24 pada pukul 4 petang semalam.

Menurut beliau, ketika kejadian mangsa melihat adiknya mengamuk dan memaki hamun ibunya kerana lambat keluar dari bilik air.

“Mangsa cuba menegur sikap suspek, tetapi suspek bertindak memukul mangsa dengan getah paip, pisau dan sebatang besi. Mangsa mengalami luka dan lebam di bahagian belakang badan, bahu kanan dan tangan kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah mangsa dan suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditangkap polis semalam.

“Suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau di bawah kes jenayah dan Akta Dadah Berbahaya. Kami membuat rampasan ke atas senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk mencederakan abangnya,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, suspek direman selama empat hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI