fbpx

[VIDEO] ‘Pak guard’ muda pandai main piano curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pemuda yang mahir bermain piano dan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

PETALING JAYA – Seorang pemuda yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, mempesonakan orang ramai dengan kemahirannya bermain piano.

Menerusi video yang dikongsikan Edris Qayyum di TikTok, pemuda tersebut dilihat tidak kekok mempersembahkan bakatnya sebagai selingan ketika sedang menjalankan tugas.

Orang ramai rata-rata menyatakan rasa kagum sehingga ada yang meneka bahawa pemuda tersebut sebenarnya berasal dari keluarga berkemampuan.

“Ada yang kata adik ni pemegang ijazah dalam bidang muzik, mungkin tengah tunggu kerja yang sesuai,” kata seorang pengguna.

“Saya pasti dik, kau akan terkenal suatu hari nanti,” ujar Tiara.

“Individu yang mempunyai bakat dalam bermain alat muzik ni selalunya orang yang bijak,” komen Simple.

“Yang pandai main piano ni biasanya anak orang kaya. Kelas piano bukan murah,” teka Dazaiosamum.

Sehingga hari ini, perkongsian tersebut meraih sebanyak 415,000 jumlah tontonan sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE

@g3nkhistalented fella

♬ original sound – edris qayyum

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI