fbpx

Tak perlu duit raya, cukup bagi goodies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak dinasihatkan supaya tidak membuka sampul duit raya di hadapan pemberi sebagai menjaga adab ketika berhari raya. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pemberian duit raya boleh menjadi satu beban kepada orang ramai sekiranya wang yang hendak diberikan ketika ini adalah mengikut trend dan bukannya kemampuan.

Lebih memburukkan kea­daan apabila ada dalam kalangan pe­nerima terutamanya kanak-kanak mentertawakan si pemberi sekiranya sampul yang dibuka hanya mempunyai RM2 dan bukannya RM5 seterusnya dicop sebagai kedekut.

Pegawai Psikologi Kanan Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, budaya memberi duit raya hendaklah mengambil kira kemudaratan selepas beraya.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mendidik anak-anak bahawa duit raya ialah sedekah daripada tuan rumah. Didik juga jangan buka sampul depan si pemberi.

“Jangan ikut orang kerana banyak lagi hendak pakai duit selepas raya terutama kepada mereka yang menerima gaji awal bulan ini,” katanya kepada ­Kosmo!.

Menurut Siti Fatimah, me­nunggu gaji seterusnya akan membuatkan sesetengah orang ‘sesak’ dan sebab itu perlu ‘ukur baju pada badan sendiri’ sekiranya mahu memberi duit raya.

Tambahnya, perbuatan mentertawakan sampul berisi RM1 akan menimbulkan suatu pe­rasaan kepada si pemberi.

“Kita boleh gantikan duit raya dengan ‘goodies’ atau kudapan supaya anak-anak akan seronok seperti pergi parti hari lahir tambahan pula kosnya agak murah berbanding duit raya,” katanya.

Sementara itu, Kaunselor Berdaftar dan Mental Performance Trainer, Nurulisa Poli berkata, kebersamaan dalam keluarga lebih penting berbanding nilai duit dalam sampul.

“Isunya ialah apabila budak tunjuk duit raya yang diterima daripada ahli keluarga atau jiran selain bercakap mengenai mereka yang tidak dapat beri.

“Jangan fikir apa orang cakap dan membandingkan diri kerana ia akan gugat emosi. Jika tahu kemampuan, kita akan lebih tenang dan bahagia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI