fbpx

PSM tawar bonus jika menang pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMALI (tengah) pada sidang media pengumuman senarai pemain yang terpilih mewakili negara ke Sukan SEA Kemboja. FOTO RIDUAN HANAFIAH

KUALA LUMPUR – Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berjanji memberikan bonus kepada skuad negara sekiranya pemain negara berjaya menjinakkan Thailand sekali gus membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan SEA Kemboja, bulan depan.

Selepas kecewa gagal membawa pulang pingat emas sewaktu di Hanoi, Vietnam tahun lalu, PSM dilihat mengambil iktibar apabila menyenaraikan 12 pemain lelaki terbaik dan mempunyai pengalaman bersaing di pentas antarabangsa.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan tiada lagi kesilapan mudah mampu dilihat terutama berdepan seteru utama negara iaitu Thailand pada bulan depan.

Presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan percaya dengan struktur pengurusan baharu dan kehadiran legenda sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mampu memberi sinar kepada skuad negara di Kemboja nanti.

“Daripada senarai 25 pemain yang terpilih sebelum ini kita telah pilih hanya 12 terbaik saja akan membawa misi negara ke Sukan SEA Kemboja. Kita yakin dengan waktu yang singkat ini, kesemua mereka yang terpilih ini adalah terbaik.

“Pemain yang terpilih ini berpengalaman dan sebahagian mereka pernah beraksi diperingkat antarabangsa. Saya rasa dengan semangat baharu serta struktur kejurulatihan baharu, Malaysia mampu lakukan kejutan di Kemboja nanti.

“Itu bukan sahaja harapan tetapi itu adalah doa bagi saya dan semua peminat sepak takraw di negara ini. Pastinya sasaran kita pada temasya dwitahunan tersebut adalah satu emas dan dua perak.

“Mengenai ganjaran, pasti kita akan umumkan tidak lama lagi dan ia penting untuk meningkatkan semangat pemain. Jika mereka menewaskan Thailand atau bawa balik emas ada sesuatu buat pasukan mereka nanti,” katanya ketika memperkenalkan barisan pemain Sukan SEA di Stadium Titiwangsa, awal pagi tadi.

PSM menyenaraikan empat tekong terbaik iaitu Muhammad Syahir Mohd. Rosdi, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin, Muhammad Zulkifli Abd Razak. Selain itu, lima perejam terbaik negara turut tersenarai iaitu Muhammad Noraizat Mohd. Nordin, Muhammad Afifuddin Mohd. Razali, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan,Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar, Mohamad Azlan Alias.

Tiga pemain lain iaitu Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Razak, Aidil Aiman Azwawi turut dipanggil untuk mewakili negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI