fbpx

Platform pemain teknologi pamer inovasi termaju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEYOND Expo yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Venetian, Macau pada Mei ini akan disertai oleh 800 pengusaha teknologi dan 500 panel profesional dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

TEKNOLOGI penjagaan kesihatan, kelestarian dan pengguna adalah beberapa sektor penting yang kini semakin berkembang pesat dalam era pasca pandemik.

Ketiga-tiga sektor itu juga berperanan dalam meletakkan negara sebagai hab novasi teknologi dan keusahawanan, selain mempunyai potensi kukuh untuk pengembangan antarabangsa.

Dalam menghubungkan informasi dan platform pembangunan teknologi tersebut, pameran teknologi terbesar di Asia, Ekspo Inovasi Teknologi Antarabangsa BEYOND (BEYOND Expo) kembali dianjurkan pada Mei ini.

Menurut Pengasas Bersama BEYOND Expo, Dr. Gang Lu, acara tersebut merupakan pameran dan platform yang menampilkan inovasi teknologi terkini merentasi pelbagai industri.

“BEYOND Expo bertujuan untuk mempamerkan inovasi dan penyelesaian terkini untuk membantu industri teknologi yang menghadapi kelembapan pengambilan pekerja dan ketidaktentuan ekonomi.

“Acara ini bakal berlangsung pada 10 Mei hingga 12 Mei ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Venetian, Macau. Ia akan disertai oleh lebih 800 pengusaha teknologi dan 500 panel profesional dari seluruh dunia.

“Ia akan membawakan perkongsian dan inovasi teknologi serta peluang rangkaian yang lebih besar,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

BEYOND Expo pada tahun ini akan memberi fokus kepada tiga teknologi iaitu penjagaan kesihatan, kelestarian dan pengguna.

Tambahnya, BEYOND Expo juga akan bekerjasama dengan pembina ekosistem permulaan tempatan seperti WORQ dan Beyond 4 Tech.

Kerjasama itu bagi memastikan komuniti pemula tempatan berpeluang menjadi sebahagian daripada acara itu.

Berkongsi tentang fokus teknologi penjagaan kesihatan, kelestarian dan pengguna, Gang Lu memberitahu, ia akan menjadi antara pendedahan yang bakal disampaikan kepada pengunjung.

Katanya, sektor-sektor tersebut akan terus memainkan peranan penting pada tahun-tahun akan datang.

“Penjagaan kesihatan telah lama diiktiraf sebagai salah satu industri paling kritikal bagi penggunaan teknologi bagi mencapai ketepatan dalam mendiagnosis dan merawat.

“Selain itu, teknologi pengguna pula bakal mengubah cara kita hidup dan bekerja. Misalnya seperti membina rumah pintar, boleh pakai atau metaverse,” ujarnya.

Tambahnya, keperluan teknologi kelestarian adalah solusi dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan amalan mampan.

Kongsinya lagi, industri teknologi di Malaysia mengalami pertumbuhan pesat dan kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif.

Sebagai contoh, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyediakan banyak sumber dan sokongan untuk pemula teknologi, manakala Koridor Raya Multimedia (MSC) menawarkan insentif cukai dan faedah lain kepada syarikat teknologi.

“Kami telah melihat kemajuan kukuh dalam ekosistem teknologi tempatan dan ekspo ini menyediakan platform kepada syarikat teknologi Malaysia mempamerkan inovasi termaju kepada khalayak global,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI