fbpx

Kerajaan tetap tidak benarkan pengeluaran KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan tetap tidak membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) biarpun ada cadangan supaya ia diberikan kepada ahli yang benar-benar terdesak.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketetapan sama sudah dijelaskan beliau di Dewan Negara semalam.

Beliau berkata, pengeluaran lain bagaimanapun masih boleh dibuat bagi tujuan perumahan, pendidikan, kesihatan, pelan perlindungan tertentu seperti sakit kronik dan sebahagian kos haji RM3,000.

“Kita tak kata apabila kita tak benarkan, maka tak boleh keluar KWSP, sebaliknya ia masih lagi boleh dikeluarkan.

“Ketetapan kerajaan ketika ini ialah Akaun 1 memang tidak dibenarkan untuk pengeluaran kerana ia adalah khas untuk tujuan persaraan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Jabatan Akauntan Negara (JANM) di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berpendapat adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) KWSP setakat semalam selepas ia mula dibuka untuk permohonan 7 April lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 27,705 sahaja yang layak mengikut syarat ditetapkan iaitu berumur 40 ke atas.

“Syarat lain ditetapkan adalah ahli perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI