fbpx

Bekalan air di Manjung terjejas lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan keadaan berhampiran LRA Teluk Kepayang, Bota, Perak dan kerja-kerja mengorek tanah di lokasi tersebut hari ini.

MANJUNG – Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang di Bota kembali berhadapan dengan masalah paip air mentah bocor selepas masalah tersebut diselesaikan oleh Lembaga Air Perak (LAP) minggu lalu.

LAP menerusi satu notis memaklumkan, masalah itu bermula pukul 9 pagi tadi namun tidak dapat dipastikan sehingga bila ia akan berlanjutan kerana kerja-kerja pembaikan masih berjalan.

“Kawasan terlibat (dengan masalah bekalan air) ialah seluruh Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung, Lekir ke Kayan, Pangkor, Lumut dan Segari.

“Pengguna-pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya menjimatkan air untuk bekalan semasa gangguan tersebut. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya hari ini.

Turut tular di media sosial ialah keadaan permukaan jalan berhampiran LRA Teluk Kepayang tersebut yang mana air dilihat keluar dari tanah.

Video lain pula memaparkan kakitangan LAP sedang mengorek tanah di kawasan berkenaan dan mereka mendakwa masalah bekalan air yang dihadapi kali ini juga akan memakan masa lama untuk diselesaikan.

Untuk rekod, masalah bekalan air yang dihadapi di daerah Manjung dan Perak Tengah pada minggu lalu menjejaskan hampir 80,000 akaun pengguna di kedua-dua daerah berkenaan.

Masalah yang bermula pada 31 Mac akibat rebakan tanah berhampiran LRA berkenaan itu berjaya diselesaikan sepenuhnya oleh LAP hampir seminggu kemudian iaitu pada 6 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI