fbpx

Arnold Schwarzenegger tampal sendiri lubang di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arnold Schwarzenegger (kanan) menampal lubang di atas jalan raya di kawasan kejiranannya di Los Angeles pada Selasa lalu. - Foto @Schwarzenegger/Twitter

LOS ANGELES – Bekas hero filem The Terminator, Arnold Schwarzenegger menampal lubang di atas jalan raya dengan menggunakan kudratnya di sebuah kawasan kejiranan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) semalam, lapor portal berita New York Post.

Schwarzenegger, 75, bertindak demikian pada lubang besar yang tidak dibaiki dan telah ‘mengganggu’ kawasan kejiranannya selama berminggu-minggu.

Bekas Gabenor California itu berkongsi video di laman Twitter yang menunjukkan dia dan dua lelaki lain menggunakan konkrit berbungkus untuk membaiki jalan di kawasan Brentwood di samping beberapa lagu yang dimasukkan.

“Hari ini (Selasa), selepas seluruh kawasan kejiranan kecewa dengan jalan berlubang gergasi ini yang merosakkan kereta dan basikal selama berminggu-minggu.

“Saya keluar bersama pasukan saya dan membetulkannya. Saya selalu berkata, jangan mengeluh, mari kita lakukan sesuatu mengenainya,” ciap Schwarzenegger.

Lelaki itu memakai kasut but kerja dan jaket kulit ketika melakukan kerja-kerja menampal jalan raya tersebut.

Penduduk Brentwood dilaporkan telah membuat permintaan berulang kali untuk kerja-kerja pembaikan sejak ribut musim sejuk melanda sebelum ini sehingga menyebabkan jalan raya berlubang dan retak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI