fbpx

49,000 pekebun kecil getah terima bantuan khas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 49,000 pekebun kecil getah di seluruh negara akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) melibatkan peruntukan berjumlah RM9.8 juta.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata, bantuan RM200 itu akan disalurkan melalui Lembaga Getah Malaysia membabitkan pekebun kecil berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga enam hektar.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Mac lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

“KPK telah mengambil tindakan bagi memastikan kumpulan sasar yang terdiri daripada pekebun kecil getah mendapat manfaat BKKA dan penyaluran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pekebun kecil sebelum atau pada 14 April ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, pada masa sama, BKKA akan turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) kepada pekebun kecil memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI