fbpx

Ops bersepadu bermula 18 April, 231 hotspot dikenalpasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY Loke menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembinaan Pejabat JPJ Cawangan Bentong, di Jalan Chamang, Bentong hari ini.

BENTONG – Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April ini setelah mengenalpasti 231 hotspot di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelbagai pendekatan akan dilaksanakan termasuk penggunaan kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) di kawasan-kawasan hotspot tersebut.

“Dasar kita jelas, dalam Ops Bersepadu ini, terdapat sembilan jenis kesalahan yang tidak dibenarkan kompaun yang menyebabkan pesalah perlu terus ‘menjawab’ di mahkamah jika dikenakan tindakan.

“Kita memandang serius semua kesalahan yang mengundang risiko kemalangan dan mengharapkan pengguna sentiasa berhati-hati serta mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di Pahang ini yang merupakan pintu masuk ke Pantai Timur,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembinaan Pembinaan Pejabat Baharu JPJ Cawangan Bentong, di sini hari ini.

Menurutnya, kewujudan anggota JPJ semasa rondaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika memandu dan mematuhi peraturan jalan raya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 32 hotspot telah dikenalpasti di negeri Pahang dan salah satunya ialah di Lebuh raya Kuala Lumpur- Karak di dalam daerah Bentong.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI