fbpx

Dewan Negara: Kerajaan teliti cadangan harga lantai perkhidmatan p-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti cadangan harga lantai bagi kadar upah perkhidmatan p-hailing demi menjamin kebajikan penghantar makanan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, bagi tujuan itu perbincangan akan diadakan dengan syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing.

“Cadangan diambil maklum dan akan dibincang lebih lanjut dengan pihak syarikat dibawah skop pengawal seliaan perkhidmatan p-hailing kelak demi kebajikan penunggang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 di Dewan Negara di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI