fbpx

Ratusan mat rempit dikepung polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan mat rempit yang ditahan sepanjang operasi

PETALING JAYA- Tular sebuah video memaparkan ratusan mat rempit berjaya dikepung polis di lebuh raya sebuah negeri di utara malam semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Afzairejeri berdurasi kurang satu minit itu, pihak polis berjaya mengepung kumpulan individu bermotosikal dalam kejadian di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE Highway) di Pulau Pinang.

Rata-rata pengguna TikTok mengakui, operasi seperti ini kerap diadakan di lebuh raya berkenaan bagi mencegah kegiatan geng-geng mat rempit yang melakukan kesalahan bertentangan dengan peraturan jalan raya dari semakin berleluasa.

“Memang dekat BKE kerap ada operasi macamni, bila dah kena jerat duduk diam-diam lah ya,” seloroh Amin.

“Nak raya dahni, jangan seronok sangat main lumba-lumba dik, Lebuhraya BKE ni keras, tak pasal-pasal dah kena labur duit bayar saman,” nasihat Asim.

Bagaimanapun, kelihatan kumpulan mat-mat rempit tersebut terpaksa akur dengan berhenti di bahu jalan sebelum masing-masing dicatat kesalahan dan dikeluarkan saman oleh pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI