fbpx

PSG berjaya akhiri badi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG menamatkan siri kekalahan dalam dua perlawanan terdahulu apabila berjaya menewaskan Nice pada aksi awal pagi semalam. – AFP

NICE – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Gal­tier mengakui boleh menarik nafas lega selepas menamatkan badi kekalahan apabila berjaya menewaskan Nice 2-0 pada aksi Ligue 1 di Stadium Allianz Riviera awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, PSG tidak mempunyai masalah untuk mendominasi sebahagian besar per­lawanan sebelum meraih gol hasil jaringan Lionel Messi dan Sergio Ramos sekali gus mengu­kuhkan kedudukan selaku pendahulu liga.

Galtier yang pernah membimbing pasukan Nice sebelum ini telah diberikan resepsi ‘negatif’ oleh penyokong tuan rumah selepas kembali ke venue tersebut buat kali pertama sejak musim lepas.

“Terima kasih kepada penyokong Nice yang berusaha untuk menjatuhkan moral saya sepanjang perlawanan, tetapi ia tidak menjejaskan langsung motivasi saya untuk berikan yang terbaik buat PSG.

“Secara peribadi, saya anggap ini adalah perlawanan yang sukar untuk kami tempuh memandangkan tekanan daripada pihak luar sangat tinggi susulan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

“Ia bukanlah aksi yang terbaik daripada pemain, tetapi kita telah melakukan tugas dengan sebaiknya untuk melakar kemenangan dan apa yang paling mustahak adalah tiga mata penuh.

“Namun, cabaran sebenar adalah pada perlawanan sete­rusnya kerana kita akan menentang pasukan di tangga kedua, Lens dan jika menang, kita boleh melebarkan kembali jurang mata dalam usaha bergelar juara liga musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI