fbpx

Masalah duit punca arwah Rubiah bergaduh sebelum dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ahli keluarga yang menghadiri majlis pengebumian Rubiah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi, Dungun Khamis lalu.

DUNGUN – Polis memanggil sembilan individu termasuk seorang anak mangsa bagi membantu siasatan kes Rubiah Sabtu, 41, yang percayai dibunuh suaminya di Kampung Besol, Bukit Besi di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, setakat ini, motif pembunuhan dipercayai akibat perselisihan faham.

“Berdasarkan bukti (yang ada), pasangan itu dipercayai bergaduh akibat masalah kewangan, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya di sini hari ini.

Baharudin memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan tempoh reman terhadap suspek berusia 32 tahun yang berakhir esok akan disambung lagi.

“Kita akan mendapatkan perintah sambung reman bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Kosmo! 6 April lalu melaporkan Rubiah ditemui mati dengan enam kesan hentakan di bahagian muka dipercayai menggunakan penukul besi oleh suaminya di rumah mereka di Kampung Besol.

Sebelum kejadian, mangsa bertengkar dengan suaminya yang baharu dikahwininya lebih setahun lalu.

Suspek yang bekerja sebagai tukang rumah direman tujuh hari sehingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI