fbpx

Kalakatar kuih Banjar popular di bulan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILA KAMSIAH (kiri) menunjukkan kuih Banjar, kalakatar yang dijual di gerainya di Kerian.

BAGAN SERAI – Kuih kalakatar merupakan salah satu sajian tradisional popular dalam kalangan masyarakat Banjar khususnya di Kerian.

Peniaga kuih itu, Lila Kamsiah Julie, 61, berkata, kalakatar atau nama lainnya bingka kelapa muda bermaksud ‘ketika panas’ dalam bahasa Banjar.

“Ia merupakan kombinasi dua perkataan iaitu kala yang bermaksud ketika dan katar pula panas. Sesuai de­ngan namanya, kuih ini enak dimakan ketika masih panas,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di gerainya di Kampung Kedai Dua, Jalan Kuala Kurau di sini baru-baru ini.

Menurut Lila Kamsiah, penyediaan sajian itu tidaklah terlalu sukar, namun memerlukan ketelitian.

“Saya belajar membuat kuih kalakatar daripada ar­wah ibu ketika remaja. Menghasilkan kuih ini tidaklah begitu rumit, cuma ia memerlukan buah kelapa muda sebagai bahan utama,” katanya.

Tambah warga emas itu, buah kelapa pandan atau kelapa mawar merupakan pilihan terbaik kerana ia mampu menghasilkan aroma yang wa­ngi.

“Resipi ini hanya memerlukan tepung gandum, air kelapa muda, santan, isi kelapa muda, gula pasir, telur dan sedikit garam.

“Semua bahan hendaklah disatukan dan dikacau rata. Kuih kalakatar perlu ada rasa lemak daripada santan dan teksturnya juga harus lembut,” katanya.

Lila Kamsiah berkata, kuih tersebut dijual pada harga RM6 sebiji, namun orang ramai boleh membeli separuh dengan harga RM3 dan sam­butan yang diterima begitu menggalakkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI