fbpx

Imej hantu budak dalam jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Apabila diperhatikan secara teliti, Felicia mengesan imej seperti kanak-kanak sedang duduk di dalam jengkaut itu. – FACEBOOK

MELBOURNE – Sepasang suami isteri di Australia terkejut apabila melihat  imej didakwa hantu kanak-kanak dalam sekeping gambar yang dimuat naik di laman Facebook, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut wanita dikenali sebagai Felicia itu, imej aneh tersebut memaparkan seorang pekerja sedang mengendalikan sebuah jengkaut di negeri Victoria. 

Ia dikongsi oleh ketua suaminya di laman Facebook syarikat mereka bekerja.

Namun, apabila diperhatikan secara teliti, Felicia mengesan imej seperti kanak-kanak sedang duduk di dalam jengkaut itu, membuatkan wanita berkenaan mempersoalkan sama ia imej hantu.

“Gambar itu dirakam oleh ketua suami saya untuk diletakkan di laman Facebook syarikat mereka.

“Apabila saya melihatnya, saya menyoal ‘gambar apakah itu’ sebelum membesarkannya untuk melihat dengan lebih teliti. Ia kelihatan seperti kanak-kanak kecil,” kata Felicia.

Dia kemudian memberitahu perkara itu kepada suaminya sebelum gambar tersebut dikongsikan semula di Facebook bagi bertanyakan pandangan ramai mengenai imej berkenaan.

Ada dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa bahawa ia merupakan imej seorang kanak-kanak yang memakai jumpsuit berwarna kelabu gelap.

“Saya dapat melihat dua kanak-kanak kecil,” kata seorang pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI