fbpx

Dewan Negara: Kerajaan tolak usul keluar KWSP, saran rakyat berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menyarankan agar rakyat menggunakan alternatif seperti berniaga untuk menyelesaikan masalah.

Kenyataan itu dibuat Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali gus menolak usul tersebut yang dibahaskan di Dewan Negara.

“KWSP adalah simpanan hari tua, bukan simpanan hari muda. Ia simpanan untuk masa depan. Kalau kita nak selesaikan masalah ketika ini, kita perlu ada option (pilihan) yang ketiga dan bukan hanya perlu berhutang.

“Kalau tak mahu berhutang, jangan pergi ah long tetapi kita boleh berniaga kerana ada RM40 bilion pinjaman mudah yang kita berikan dalam Belanjawan 2023.

“Carilah segala perkara itu, RM40 bilion itu untuk membantu rakyat yang kesusahan dan bukan hanya menunggu untuk mengeluarkan (KWSP) untuk kali kelima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul pengeluaran KWSP bersasar yang dibahaskan oleh 12 Ahli Dewan Negara, di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga telah mengumumkan pelbagai bantuan untuk diberikan kepada rakyat menerusi Belanjawan 2023 termasuk bantuan hari raya dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Antara bantuan yang telah diumum kepada ahli-ahli KWSP, inisiatif penambahan caruman sebanyak RM500 dan insentif i-Saraan daripada RM250 kepada RM300 setahun.

“Ini supaya mereka ada motivasi untuk menambah caruman. Satu lagi dalam bajet, kita tambah jumlah caruman sukarela setahun daripada RM60,00 kepada RM100,000.

“Jadi, kalau nak kata kerajaan ini tak bertanggungjawab, tak menolong rakyat, itu adalah satu perkara yang sangat-sangat tidak betul,” ujarnya.

Tambah Ahmad, sebab utama pengeluaran KWSP itu tidak dibenarkan kerana (Kerajaan Perpaduan) ingin menjadi kerajaan yang bertanggunjawab.

“Mungkin lepas kali kelima, minta lagi kali keenam dan ketujuh. Kalau (kerajaan) nak popular, luluskan sahaja. Tetapi kita ingin menjadi kerajaan yang bertanggungjawab maka kerajaan tidak menerima usul yang dibentangkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI