fbpx

527 penerbangan tambahan diluluskan sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) meluluskan sebanyak 527 penerbangan tambahan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kementerian Pengangkutan berkata, kelulusan penerbangan tambahan itu ialah 43 peratus lebih banyak berbanding kapasiti tambahan diluluskan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Selari industri penerbangan antarabangsa, penetapan harga tiket biasa berdasarkan mekanisme dinamik di mana pembeli awal boleh mendapat harga terbaik apabila masih banyak lagi tiket belum terjual.

“Namun,harganya boleh menjadi mahal apabila baki tiket semakin berkurangan di pasaran. Sejak awal Mac, MOT dan Mavcom mengambil langkah proaktif dan menggalakkan syarikat penerbangan menawarkan harga penerbangan berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Mavcom meluluskan semua permintaan kapasiti tambahan syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap ke destinasi utama dalam Malaysia.

“Berikutan kelulusan Mavcom, AirAsia dan Batik Air telah mengumumkan tiket penerbangan tambang tetap pada 7 dan 10 Mac.

“Mavcom turut meluluskan penerbangan tambahan lain bagi memastikan ketersediaan tempat duduk lebih tinggi dalam menangani peningkatan permintaan selain memastikan harga penerbangan berpatutan,” jelasnya.

Pada masa sama, MOT dan Mavcom turut melaksanakan langkah intervensi bagi menampung permintaan tinggi meskipun syarikat penerbangan bajet telah menambah kapasiti.

“Malaysia Airlines Berhad turut bersetuju meningkatkan kapasiti penerbangannya selain 40 penerbangan berjadual menggunakan pesawat berbadan lebar Airbus A330 bagi menampung permintaan sektor Kuala Lumpur – Kuching dan Kuala Lumpur – Kota Kinabalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI