fbpx

Sultan Nazrin sampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM10.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (dua dari kanan) menyampaikan replika cek kepada salah seorang penghulu di sambutan Nuzul al-Quran di Taman Jati, Ipoh hari ini.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan hari raya Aidilfitri oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bernilai RM10,708,500 kepada penghulu mukim dari 12 buah daerah di negeri ini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan sempena majlis sambutan Nuzul al-Quran negeri Perak serta majlis perasmian Masjid Muhammad Al-Fateh di Taman Jati di sini.

MAIPk dalam satu kenyataan berkata, semua penghulu mukim tersebut mewakili 35,695 orang penerima yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin di seluruh Perak.

“Penerima bantuan hari raya Aidilfitri terpilih daripada senarai asnaf fakir miskin yang dipilih dan dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat Kampung Orang Asli di seluruh negeri Perak,” katanya.

Selain itu, ujarnya, semua asnaf penerima bantuan kewangan bulanan, sewa rumah dan hemodialisis oleh MAIPk juga turut menerima bantuan hari raya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI