fbpx

Maxis bekerjasama dengan Ideal Property

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Kewangan Ideal Property, Datuk Goh Teng Whoo (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Ketua Segmen Kerajaan dan Strategi Pengembangan Fiber Maxis, Fasliza Rosli (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama antara dua syarikat di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Maxis telah bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang, untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan. 

Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone berkata, melalui perkongsian tersebut, syarikat akan memanfaatkan binaan fibernya sendiri untuk memberikan pengalaman internet yang unggul dan tawaran fiber yang menarik bagi pembangunan bercampur di Pulau Pinang serta Butterworth.

Ia juga akan mereka bentuk, membekal dan memasang infrastruktur telekomunikasi untuk perkhidmatan tetap dalam 12 projek komersial serta kediaman yang terdiri daripada 12,000 premis perniagaan dan kediaman. 

“Melalui rangkaian, keupayaan dan tawaran fiber kami yang menarik, terdapat peluang besar untuk perkhidmatan digital bagi lebih banyak kediaman serta perniagaan.

“Kesalinghubungan hari ini telah menjadi aspek penting dalam kehidupan dan kerja kita dan kami komited untuk membangunkan lebih banyak kediaman serta perbandaran yang terhubung untuk memenuhi gaya hidup digital pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. 

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Pengerusi Eksekutif Ideal Property Group, Tan Sri Alex Ooi Kee Liang berkata, keupayaan Maxis dalam infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian semestinya akan menambah nilai kepada perbandaran Kumpulannya.

“Perkongsian ini merupakan langkah penting demi merialisasikan visi kami untuk menjadi pemaju hartanah bertaraf dunia,” jelasnya.

Tambah beliau, Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dan Penang International Exchange 1 & 2 adalah antara pembangunan komersial yang mana Maxis akan menjadi salah satu penyedia kesalinghubungan utama di bawah perjanjian itu. 

Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dijangka membawa masuk pelabur yang berpotensi untuk industri seperti semikonduktor, peranti perubataan, aeroangkasa dan lain-lain. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI