fbpx

Kerjasama Bank Islam, Bumitra sedia penyelesaian kewangan untuk bakal jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Muazzam Mohamed (tengah, berdiri) menyaksikan majlis pemeteraian MoU antara Bank Islam dengan Bumitra di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra).

Pemeteraian kerjasama itu adalah untuk menyediakan penyelesaian kewangan bagi bakal jemaah yang ingin mengambil pakej haji melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga merupakan ahli Bumitra.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, MoU itu bertujuan  mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah. 

Ia turut merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji. Kad debit ini dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif untuk pemegang kad. 

“Selain menawarkan rangkaian pembayaran dan akses tunai yang meluas di seluruh dunia, kad ini juga memudahkan urusan transaksi kewangan bagi jemaah haji ketika berada di Arab Saudi, ini termasuk tiada caj akan dikenakan bagi pengeluaran tunai pada musim haji,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pada majlis tersebut, Bank Islam turut melancarkan kempen, Once in a Lifetime, khas kepada bakal haji atau waris terdekat yang ingin membantu ibu bapa untuk menunaikan haji dengan memohon pembiayaan peribadi ini dengan jumlah minimum sebanyak RM50,000. 

Kempen yang berlangsung dari 24 Mac sehingga 31 Mei 2023 ini menawarkan peluang memenangi hadiah pakej umrah.

Penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji yang berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI