fbpx

Agong, Raja Permaisuri melawat Melaka dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli mengadakan lawatan ke Melaka selama dua hari.

Keberangkatan tiba kedua Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) disambut Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd. Rahman.

Turut hadir ketika ketibaan itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Abd Aziz, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Exco kerajaan negeri Melaka.

Seri Paduka Baginda berdua dijadual berangkat melawat Bazar Ramadan Peringgit, selain turut berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razak, Bachang, seterusnya berbuka puasa bersama rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI