fbpx

[VIDEO] Duda maut terjatuh tingkat sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA disahkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan PPR Krubong, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang duda maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat sembilan pangsapuri Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa yang berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (PBB) Cheng, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Jamian Saleh berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.55 petang.

Katanya, sepasukan enam pegawai serta anggota bersama-sama sebuah jentera telah bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 6.02 petang.

“Setiba di lokasi kita dapati seorang lelaki telah terjatuh dari tingkat atas bumbung PPR dan dalan keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh pegawai perubatan bagaimanapun mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, pasukan bomba telah membantu mengangkat dan menurunkan mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan awal mendapati kes tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI