fbpx

Perlu prinsip hormat, beri hak kewarganegaraan kepada semua- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kaum majoriti perlu mengambil pengajaran untuk tidak terus berasa selesa dengan kedudukan sedia ada berikutan hal itu tidak akan menterjemahkan konsep meraikan kelompok lain yang turut berada di negara ini.

Perkara itu dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai memberi contoh kepada konsep menghormati kelompok minoriti diamalkan Kemboja menerusi lawatan beliau ke negara itu, baru-baru ini.

“Ketika di sana, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah menganjurkan majlis iftar dengan dihadiri 6,000 umat Islam dan kelompok itu hanyalah 10 peratus sahaja.

“Saya turut diberikan penghormatan berucap dan menyebut langkah itu menunjukkan negara majoriti penganut Buddha, tetapi meraikan kumpulan minoriti Islam dengan beberapa ruang termasuk menjadi menteri.

“Sebab itu, saya kata ia satu pengajaran. Kita kadang-kadang apabila menjadi majoriti, kita rasa terlalu selesa dan angkuh, menganggap demikian, tidak boleh meraikan kelompok lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini, tadi.

Mengulas lanjut katanya, perkara itu juga perlu dilakukan di semua negara lain bagi memelihara kelompok minoriti tanpa mengorbankan kepentingan kaum majoriti.

“Kalau di Kemboja, kita mahu orang Islam diraikan, masjid tidak dirobohkan dan hak mereka dipertahankan selain diangkat sebagai menteri untuk mewakili kepentingan mereka.

“Itulah antara halnya kepada semua negara lain tanpa mengorbankan kepentingan kelompok majoriti,” ujarnya.

Susulan itu, Anwar berkata, beliau memilih untuk memastikan kaum-kaum lain turut diraikan bagi meberikan hak kewarganegaraan kepada semua.

“Sebab itu, saya memilih sementara kita menjaga kepentingan Muslim, kita juga harus pastikan ada prinsip hormat, raikan dan berikan hak kewarganegeraan kepada semua.

“Ini antara hal dikritik keras kepada Kerajaan Perpaduan termasuk pimpinan saya kerana dikatakan memberikan lebih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI