fbpx

TH gantung lesen PJH Emraz Travel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd selepas menerima beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah syarikat tersebut.

TH dalam satu kenyataan berkata, penggantungan lesen itu juga sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

“TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuklah perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, TH juga tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi untuk menjamin kebajikan jemaah haji negara.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai dakwaan membabitkan sebuah agensi pelancongan yang didakwa menipu jemaah umrah sehingga mereka melakukan tunjuk perasaan di ibu syarikat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI